Salam Maulidur Rasul

Pertama-tama dan selamanya, marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, kita masih dapat hidup pada malam yang sangat mulia ini, iaitu malam hari keputeraan ibnu Aminah Muhammad SAW. 

Sempena malam yang mulia ni, sukacitalah aku untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua yang sedang membaca blog aku sekarang ni.. Ada bunyi macam skema tak? Malam ni nak skema jap. Hehe.
Malam ni aku nak bercerita dan citer aku agak panjang. So harap korang bersabarlah ye! Jangan tak baca pulak :P

Maulidur rasul merupakan hari bersejarah kelahiran rasul kita, Nabi Muhammad SAW. 12 Rabiul Awal  Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April  571 baginda dilahirkan. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Setiap tahun, umat Islam  di seluruh dunia akan mengadakan majlis bagi memperingati hari bersejarah ini dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
Sempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, kerajaan Terengganu telah mengadakan beberapa pertandingan dan antaranya ialah pertandingan pidato dan menulis khat. 

Dan apa yang paling istimewa, pada tahun ni aku ambil bahagian! Hehe. Agak-agak aku masuk apa? Pidato? Hahaha. Tak mungkin. Aku tak reti la. Aku masuk pertandingan khat tau! Soalan dia : Tulis 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah dengan menggunakan kaedah khat thuluth  Haha walaupun act aku tak pandai sangat. Sikit-sikit boleh la. Aku bukan nak masuk sangat tapi kawan aku yang bagi nama. Tapi, haaa ada tapi tau.. Tapi, aku terima kasih kat diorang sebab kalau dorang tak bagi nama aku, macam mana aku nak dapat pengalaman. Memang aku tak menang, saguhati pun tidak tapi umi aku cakap pengalaman tu yang berharga, betul kan? Aku rasa seronoooook sangat! Thankyou to all my beloved friends!!


P/s : Belajar dari pengalaman dan kesilapan supaya kita tak tersilap langkah pada masa hadapan :)

No comments:

Post a Comment