Bersahabatlah dengan Al-Quran

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya : "Al-Quran lebih disukai oleh Allah dari langit dan bumi dan segala isinya." 

Lihatlah betapa tinggi al-Quran di sisi Allah sehingga lebih istimea daripada segala keindahan yang lain.

Jesteru, bagaimana sikap kita dengan al-Quran?

Rasulullah sangat menyukai para sahabatnya membaca al-Quran dan menggalakkan mereka dan kita semua umatnya agar memastikan dan memelihara rutin membaca al-Quran setiap hari.
Rasulullah menjadikan al-Quran sebagai makanan jiwa dan penguat serta menajamkan fikiran baginda. Ternyata al-Quran sangat memberi kesan kepada baginda. Baginda bukan sekadar membacanya dengan tenang, perlahan dan diselubungi kesedihan namun Baginda berusaha memahami dan merealisasikan perintah Allah dalam kehidupan.

Al-Quran ialah jalan keluar bagi segala masalah ini bertepatan dengan mafhum hadis Baginda s.a.w: "Rasulullah berkata kepada sahabat pada suatu hari: 'Akan berlaku fitnah.' Sahabat bertanya: 'Apakah jalan keluar daripadanya?' Nabi berkata: 'Kitabullah'.


P/s : Bulatkan tekad dan kuatkan azam untuk menjadikan al-Quran sebagai teman sejati.. :)

1 comment: