Hari yang sungguh indah :)

Saya tak tahu macam mana nak cakap.. Saya rasa, sangat bertuah memiliki abi dan umi. Betapa bahagianya saya bila saya melihat senyum dan tawa mereka.. Betapa manisnya kenangan tu bila bersama mereka. Entah la, saya harap saya akan hidup selamanya dengan mereka. Setiap hari, setiap masa, saya selalu minta dicium dan dipeluk daripada ibubapa saya. Saya merasakan seperti sayalah orang yang paling bahagia. Saat saya meninggalkan mereka ketika pulang ke asrama, saya rasa sebahagian daripada jiwaku hilang. Saya harap mereka sentiasa bahagia.. Abi umi, kakak sayang abi umi <3

No comments:

Post a Comment