Mengimbau kembali kenangan entri yang penuh bermakna yang bertarikh 8 June 2011 | luminousofmylife.bs.com

Kisah Kemilau !! >_< Hyep! Selamat malam semua.

Aku baru balik dari satu program. Sebelum ni aku da pena bagitaw. Tapi takpe aku akan bagitaw lagi sekali. Aku baru balik dari seminar PMR (Kemilau PMR 2011) untuk subjek sejarah dan matematik.

Program ini memberikan aku seba sedikit faedah dan kebaikan. Tujuan program tu selain memberi penekanan terhadap tajuk-tajuk yang patut difokuskan oleh calon PMR adalah untuk mengisi masa cuti para calon PMR dengan sedikit ilmu lebih-lebih lagi tarikh Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bakal menjelang.

Amat beruntung kepada mereka yang berpeluang menghadiri program ini. Kepada mereka yang tak dapat hadir, jangan rasa malu untuk tanya kepada mereka yang pergi apa yang mereka dapat dari program tersebut. Kepada mereka yang pergi, jangan kedekut ilmu. Jika ilmu itu tidak disebarkan, mungkin ilmu itu akan hilang dari ingatan kita.

Aku rasa seronok datang program ni selain dapat menuntut ilmu. Setelah hampir dua minggu bercuti, hari ni aku dapat berjumpe dengan kawan-kawan. Bese la remaja. Kawan merupakan antara insan yang rapat dan penting bagi seseorang apabila nak meluahkan perasaan. Tidak semestinya ahli keluarga kita tak boleh jadi kawan kita. Kalau kita nak, boleh je. Tak ada masalah, bukan?

Ok, sekian samapai sini je taw. Miss you all. Jangan lupa aku taw! <3

No comments:

Post a Comment