Siapakah AKU ?

 Assalamualaikum w.b.t. Hyep!



Kepada para pembaca sekalian, anda pasti tertanya-tanya siapakah aku kan? Hahaha. Tolonglah. Kalau 
bab perasan, bagi kat aku je la.

Ada aku kesah? Hahaha. Btw, untuk tidak menghampakan kalian semua, aku ‘terpaksa’lah kenalkan diri aku ni yang tak seberapa.

Nama aku? Tak perlu kot aku rasa. Tapi mungkin ada ada segelintir yang kenal aku sape. Mungkin sebab mereka friend facebook aku. Atau mungkin mereka staaaaalker profile aku. Hewhewhew. Atau boleh jadi aku pernah menjejakkan kaki ke dalam laman sesawang mereka yang sungguh cantik, indah gitu.. Hehehe.
This is the first time of my step in blogger world. Ohhh really? Actually asal-asal aku mula berblogging just main-main, tak silap aku laa, mula sekolah rendah. Kemudian di saat aku mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah, ada la seorang hamba Allah ni sangat sangat mempengaruhi aku untuk serius dalam dunia blogger ni. Tapi lepas tu hampeh jugak. Dan sekarang, tahun ni, aku mulakan balik apa yang aku pernah mula suatu ketika dahulu.. Ceee.. power tak ayat aku? Hahaha.

Siapa blogger tu??

Cik Diana Toinktoink !!

Aku tak pasti sama ada korang kenal ke tidak. Tapi! Apa yang aku pasti, aku sangat mengenalinya.. 
Kihkihkih..

Aku ni tinggal dekat depan tadika je. Tak besar pun rumah aku. Boleh la memuat aku sekeluarga. Empat orang je. Aku yang sulung. Dan mempunyai seorang adik. Perempuan. Single. So siapa yang berminat nak tackle boleh la. Tapi kena permission dari kakaknya dulu tau! No permit you will arrest! Hahaha.

Semua tertanya-tanya tak aku ni umuq berapa? Takyah bagitau eh? Nanti aku tuntut hadiah, baru padan
 muka :P

Setelah selesai segala perkara di atas aku bagitau korang, tiba masanya untuk aku berundur diri!! :D



P/s : Dah puas melalak dalam bilik. Hujan terus. Tak sodap sangat kot. Hahaha. So ni je aku dapat tulis pada kali ni. Tak la best pun kan? So lain kali InsyaAllah aku cuba buat lebih baik daripada ini. Okay, see you next time.. Daa~ ;)

Cara Download Video Youtube (Android)


Assalamualaikum w.b.t.



Salam sayang untuk semua !

Hari ni aku tetibe terasa nak tulis entri pasal cara downdload video youtube kat android sebab ramai yang tanya aku pasal benda ni.

Rupanya ramai lagi yang masih tak tahu. Ingatkan aku sorang je ketinggalan. Hehehe. Aku dapat tahu pun dari ayah saudara aku. Peace!!(y)


Ok, meh aku ajarkan.






1) korang pergi kat setting > applications






Korang nampak tak ada perkataan unknown source ?
Then, korang tick (/) kotak sebelah dia..





Korang ada nampak tak install app?




Ha, korang tekan je butang biru dan tunggu beberapa minit.. 

Ok siap...
 application tubemate anda sedia digunakan !! : )


P/s : Hope tutorial yang aku buat ni dapat membantu korang. Kalau ada sebarang pertanyaan, jangan malu jangan segan.. InsyaAllah selagi aku boleh membantu, akan ku cuba sedaya upaya, okay!! :D

Bersahabatlah dengan Al-Quran

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya : "Al-Quran lebih disukai oleh Allah dari langit dan bumi dan segala isinya."
Lihatlah betapa tinggi al-Quran di sisi Allah sehingga lebih istimea daripada segala keindahan yang lain.
Jesteru, bagaimana sikap kita dengan al-Quran?
Rasulullah sangat menyukai para sahabatnya membaca al-Quran dan menggalakkan mereka dan kita semua umatnya agar memastikan dan memelihara rutin membaca al-Quran setiap hari.
Rasulullah menjadikan al-Quran sebagai makanan jiwa dan penguat serta menajamkan fikiran baginda. Ternyata al-Quran sangat memberi kesan kepada baginda. Baginda bukan sekadar membacanya dengan tenang, perlahan dan diselubungi kesedihan namun Baginda berusaha memahami dan merealisasikan perintah Allah dalam kehidupan.
Al-Quran ialah jalan keluar bagi segala masalah ini bertepatan dengan mafhum hadis Baginda s.a.w: "Rasulullah berkata kepada sahabat pada suatu hari: 'Akan berlaku fitnah.' Sahabat bertanya: 'Apakah jalan keluar daripadanya?' Nabi berkata: 'Kitabullah'.
P/s : Bulatkan tekad dan kuatkan azam untuk menjadikan al-Quran sebagai teman sejati.. :)

Kuasa senyum

Senyuman adalah sebuah sihir yang halal. Isyarat untuk menjalinkan persaudaraan, mukadimah bagi hati yang bersih serta risalah cinta dan kasih sayang. Senyuman mampu meleburkan batu keras kedengkian dan memadam api permusuhan. Senyuman juga mampu melepaskan tali kebencian, mengusir bisikan kedengkian, membersihkan kotoran kebencian dan mampu menghapus luka dalam hubungan bersaudara.

Hari yang sungguh indah :)

Saya tak tahu macam mana nak cakap.. Saya rasa, sangat bertuah memiliki abi dan umi. Betapa bahagianya saya bila saya melihat senyum dan tawa mereka.. Betapa manisnya kenangan tu bila bersama mereka. Entah la, saya harap saya akan hidup selamanya dengan mereka. Setiap hari, setiap masa, saya selalu minta dicium dan dipeluk daripada ibubapa saya. Saya merasakan seperti sayalah orang yang paling bahagia. Saat saya meninggalkan mereka ketika pulang ke asrama, saya rasa sebahagian daripada jiwaku hilang. Saya harap mereka sentiasa bahagia.. Abi umi, kakak sayang abi umi <3

Mengimbau kembali kenangan entri yang penuh bermakna yang bertarikh 8 June 2011 | luminousofmylife.bs.com

Kisah Kemilau !! >_< Hyep! Selamat malam semua.

Aku baru balik dari satu program. Sebelum ni aku da pena bagitaw. Tapi takpe aku akan bagitaw lagi sekali. Aku baru balik dari seminar PMR (Kemilau PMR 2011) untuk subjek sejarah dan matematik.

Program ini memberikan aku seba sedikit faedah dan kebaikan. Tujuan program tu selain memberi penekanan terhadap tajuk-tajuk yang patut difokuskan oleh calon PMR adalah untuk mengisi masa cuti para calon PMR dengan sedikit ilmu lebih-lebih lagi tarikh Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bakal menjelang.

Amat beruntung kepada mereka yang berpeluang menghadiri program ini. Kepada mereka yang tak dapat hadir, jangan rasa malu untuk tanya kepada mereka yang pergi apa yang mereka dapat dari program tersebut. Kepada mereka yang pergi, jangan kedekut ilmu. Jika ilmu itu tidak disebarkan, mungkin ilmu itu akan hilang dari ingatan kita.

Aku rasa seronok datang program ni selain dapat menuntut ilmu. Setelah hampir dua minggu bercuti, hari ni aku dapat berjumpe dengan kawan-kawan. Bese la remaja. Kawan merupakan antara insan yang rapat dan penting bagi seseorang apabila nak meluahkan perasaan. Tidak semestinya ahli keluarga kita tak boleh jadi kawan kita. Kalau kita nak, boleh je. Tak ada masalah, bukan?

Ok, sekian samapai sini je taw. Miss you all. Jangan lupa aku taw! <3