Azam Tahun Baru Jom Berubah Menjadi Lebih Baik!

1 Januari 2015 Khamis

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah kita sudah melangkah ke tahun yang baru.. Moga tahun ini menjadi tahun yg lebih baik. Tahun 2014 dipenuhi dgn pelbagai duka bagi rakyat Malaysia. Bermula dengan kehilangan pesawat MH370 kemudian disusuli MH17 ditembak dan tidak berhenti di situ sahaja, banjir dan pesawat QZ . Takziah buat keluarga mangsa.

Zaman sekarang kan, semakin ramai yang sedar, memasing nak berdakwaah. Lebih lebih lagi adik adik yang lebih muda dariku (Malu sikit ye yg tua kpd adik adik hehehehe). Buat group usrah, buat program itu ini, macam macam lagi la.

Ok, aku rasa sangat bagus

Tapi dalam masa yang sama, apa yang aku lihat, kita ni lebih banyak meghabiskan masa. Dengan henset, keluar ke sana ke mari. Ukhuwahh kita memamg tip top aa tapi ibadaah kita kureng mantap. Kan kan? Baca al-quran semuka sehari je. solat biasa yg wajib je, harap nak buat yang sunat sekali sekala je la kan.. Qiamulail? Setahun sekali pun mujur..
 
So?

Korang rasa apa yang perlu kita buat?
Ubah.
Yes ubaah.
Kurangkan dan lebihkan apa yang patut. Buat sesuatu jangan berlebihan dan lagho/lalai. Cari ruang utk tambah pahala dan mencari ilmu. Masa muda remaja ni la kita nak topup banyak banyak pahala dan belajar sungguh-sungguh.. Nanti bila dah dewasa, sibuk dengan pelbagai perkara.
Kita ni manusia memang tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kita bukan maksum tapi bukan bermakna kita perlu berada di takuk yang lama.. Ye dak? Sambil kita sampaikan walau sepotong ayat nabi, sama-sama la kita berubah menjadi yang lebih baik.. Haa harini tahun baru, jom kita berazam. InsyaAllah kita boleh, aminnnn! :)
Nota hati : "Ukhuwah tiptop, ibadah mantop."
Wallahua'lam :)
#notetomyself