Cara Mengambil URL Gambar

26 April 2016
Selasa

Assalamualaikum 



Semalam asiah tukar background blog ni. Bangun esok pagi aik tiba-tiba jadi macam atas tu. Kata Photobucket link gambar tak betul. huwaa nak menangis perasaan aku ni :'( Semalam okay jeeeee

Lepas tu asiah godek-godek balik (tak reti sangat ikut kepala je) Tukar balik link sebelum ni letak background bintik-bintik tu baru elok (okay ke?). Alhamdulillah selesai masalah asiah.


So dengan itu, asiah nak kongsikan beberapa cara yang korang boleh try untuk copy url supaya korang tak bermasalah seperti saya *buat muka comel sambil tangan buat peace*


Photobucket. Cara ni yang biasa asiah buat untuk copy url sambil tu boleh la simpan gambar, lepas ni nak cari gambar sama masuk je photobucket.

First - Korang search gambar yang korang nak dekat Photobucket.com Contoh :

(Klik gambar untuk lebih jelas)




Copy link pada yang asiah kotak tu ya! ;)


Upload dalam blog. Sejak asiah ada masalah kat atas tu, asiah guna cara ini.

(Klik gambar untuk lebih jelas)






Haaaa senang je kan?
Boleh lah korang terus cuba lepas ni ya :) Selamat mencuba!

Nota hati : Kalau tak faham, or ada pertanyaan, boleh terus email ke asiah_1996@yahoo.com. 

Terima kasih ubi kayu, sebab sudi baca entriku 

Allah's the Best Planner

18 Mac 2016
Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah tak percaya cepat betul masa berlalu. Bulan tiga pun dah nak habes. Semakin besar semakin cepat masa berlalu, kan?

Esok, dah nak balik Terengganu. Menyambung sisa exam yang masih berbaki. Tinggal empat subjek je lagi. Allahumma yassir wa la tu'assir. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku.

Minggu lepas memang agak mengerikan aku. Exam tahriri aku, jawab entah pape je. yang boleh jawab tu, jawab laa.. Yang tak boleh tu? Ya Allah festime aku rasa susah macam tu. Tak tahu boleh lulus ke tak hmm..

Mungkin Allah nak aku lebih kuat berdoa. Mungkin juga Allah nak aku lebih rapat denganNya. Atau mungkin Allah nak aku yakin dan bertawakal sepenuh jiwa raga pelusuk tubuh. Tak pun maybe Allah nak beri pengajaran pada aku bahawa Al-Quran ni adalah untuk penjagaan seumur hidup bukan macam biskut chipsmore kejap jaga kejap lupa.

Apapun, Allah is better planner. Even if kita dapat jawab sepenuh kertas tapi Allah tak izin tak guna juga. So tugas kita adalah berusaha jadi lebih baik, pandang ke depan bukan toleh ke belakang serta bertawakal kepada Allah.

----------------------------------------------

Tadi scroll jap post blog yang lama.
Banyak jugak yang dah terhazaf hehe.

Aku tak sangka aku yang tulis semua tu. Kebudak-budakkan, tak meced, nak kata putus fius pun ada haha tergolek-golek aku gelak tengok penulisan sendiri. Harap seiring dengan pertambahan tahun maka perangai aku lebih dewasa ;) InshaAllah.. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan saya ^^

Goals Again.

Assalamualaikum.

Buat pertama kali dlm tahun 2016 ni aku membersihkn segala hantu yg dah bersarang kat blog aku utk sekian lama. Woahhh dah tahun 2016 laaa.

Tahu tak apa maknanya? 

Umur kita semua semakin meningkat, tarikh surat jemputan ajal pun dah nak dekat. Takutnyaaaaaaa 😭

Bila teringat mati, wajib teringat amal tak cukup lagi.

-----
Semalam, terhantuk kepala pd besi penyangkut mangga bilik depan, gara-gara nak mengusik junior sanah (bkn nama real). Itu la nak 'mendajal' org sangat, last-last haa kan Tuhan dah bg woning! 

Tuhan nak kau tambah amal ler tuu.
-----

So, azam baru 2016 ni aku harap sangat mampu digapai cam omputih ckp apa? "Shoot the moon and if you fall, you fall among the star" Haa gitu la kot salah mohon betulkan 😁

Matlamat 2016

Menjadi hamba Allah dan anak yg solehah
Menambah amal utk bekalan akhirat

Apply qiamullail dan puasa sunat
Khatam sblm April 2016
Setiap subjek 4.0
Mumtaz STAM

Ni lah priority aku, mohon doakan ya :) InshaAllah jika kita mudahkan urusan manusia, pasti Allah mudahkan urusan kita. Sama sama kita usaha jd yg lebih baik ya 😉