Masa untuk Buat Keputusan

12 Januari 2017
Khamis


Assalamualaikum 


Setiap hari fikiran melayang. Fikir bila habis diploma nanti nak sambung belajar manaaa (Final exam awal bulan tiga nanti) Berapa banyak masa habiskan untuk fikir pun tak tahu la. Masa tu sepatutnya untuk get ready final. *sigh*


No, aku tak boleh macam ni. Aku kena buat keputusan dan hala matlamat aku ke sana. Bila asyik fikir macam ni, membazir masa je.


Aku menyesal sebab aku lambat pick up belajar sebelum ni. Kadang-kadang terdetik menyesal masuk diploma sebab aku ada pilihan terhad nak sambung ke mana. Tapi Allah dah kata, setiap apa yang berlaku ada hikmah. So, aku redha dan tawakal inshaAllah. Masa yang tinggal aku cuma boleh berusaha.


Ada dua yang menjadi konflik.


Pertama, nak belajar dalam negara or luar negara. Kalau ikut hati dan impian, mestilah aku teringin nak belajar kat tempat tumpah darah aku, Mesir. Dan untuk memenuhi impian abi umi Aku rinduuuu sangat tempat tu. Perasaan nak ke sana ibarat seorang ibu merindukan anaknya.  Kalau aku pergi dengan diploma, aku hanya boleh amek kos qiraat. Kos qiraat hanya selama tiga tahun (kalau lulus). Aku kurang minat qiraat. Untuk masuk ke kuliah lain, aku perlu tambah satu tahun untuk ambil STAM kemudian kalau aku tak lepas imtihan qabul, akan dihantar ke pusat bahasa selama setahun sebelum aku dapat masuk ke kuliah. Dua tahun + empat tahun kuliah jadi enam tahun! 


Okay, belajar memang sampai mati. Tahun pengajian bukan perkara utama yang aku risaukan. Kahwin? Abi umi pun tak kisah kalau nak kahwin masa belajar. Apa yang aku tak sanggup ialah tinggalkan abi umi selama enam tahun. Tak sanggup nak tengok abi kerja tanggung kakak. Kakak nak abi rehat, umi rehat je. Nak abi umi rileks di rumah. Pergi melancong, shopping, tuntut ilmu. Itu je. Belajar di Malaysia, boleh tolong ringankan semua kerja abi umi. Kakak tengok abi umi penat sangat-sangat kerja. Takpelah, nanti paksa adik belajar Mesir. Setiap kali musim syita' aku bawa abi umi terbang melawat adik. Two in one. HAHAHAHA.


Belajar di Malaysia pun ada konflik dia. Konflik nak belajar kat mana jugak. Kebanyakan universiti di Malaysia tak bagi kemudahan pengecualian kredit jam kepada pelajar diploma lebih -lebih lagi diploma kami. So kena masuk kuliah selama empat tahun TTT.TTT Ada tempat yang tempoh belajar tiga tahun je. Tapi itupun ada beberapa masalah. Tapi takpelah itu nanti difikirkan kemudian.
-
-
-
-
-
Pening fikir.
Akhirnya, apakah pilihan aku?


Nantikan keputusan saya pada entri seterusnya :)
Jangan lupa follow blog saya.



Lot of love,
Asiah.


No comments:

Post a Comment