Jadual Exam Semester Enam DQ 2017 Dah Keluar!

15 Januari 2017
Ahad

Assalamualaikum

Hari ini bangun pagi-pagi dah rasa nak menangis, berdebarrr berdenyut kencang T.T Semua ada tauu. Sebab buka whatsapp group dapat jadual final exam!



Dah final exam dah saya. Mohon doakan aku, semoga segalanya berjalan lancar. Aku takutttttttt T.T Inilah gaya orang last minute baru nak study. HAHAHA  Jangan ikut ye peel huduh begini.

Mesti korang tertanya-tanya apa itu TAFSIYAH kan? Tafsiyah tu peperikan ulangan Hifz al-Quran. Kitorang akan ambil peperiksaan semester 6 di Darul Quran. Sebelum ni di MTQN masing-masing ja. InshaAllah 20 Februari ni kitorang bertolak ke DQ, study week kat sana. Kalau semua lulus peperiksaan ulangan, boleh balik awal! Yeayy!

Aku ada sorang kawan di DQ. Nama dia Diana Sari. Tak tahu lah dia kenal atau ingat aku lagi ke tak. Sebab aku pindah sekolah ke Terengganu masa tingkatan empat. Malu laa kalau jumpa. Sebab diorang bagus belajar, aku ni slow sikit+banyak lagi-lagi bab menghafaz ni. Harap hati aku tak gelabah masuk dalam jantung sebab berdebar tahap taufan Katrina.

Terus rasa sakit perut bila fikir pasal exam. =,= Hmm tak lama dah akan berpisah dengan kawan-kawan. Terobek dulu dan sekarang pun tak habis lagi..



Kalau korang nak baca kisah terobek saya lagi, jangan lupa follow saya! HAHAHA
Kbaiiiiiii


Sekian,
Terima kasih :)

Lot of love,
Asiah Aisa.

No comments:

Post a Comment