First Week In 2018

6 Januari 2018
Sabtu

Assalamualaikum & happy 2018 guys!  
Don't forget to say Alhamdulillah, keep positive & happy you are :)

Hari ni hari ke-6 untuk tahun baru and antara resolusi : update blog setiap hari #butasusualhaha kita hanya merancang. Then, I decided to blog just one post in a week, in every Saturday inshaAllah. Aku nak teruskan menulis even I knew takde orang baca #tautakmenarikhaha tapi sebab kita tulis untuk diri sendiri so enjoy!

Even aku dah start cuti pada end of the year 2017, hari pertama 2018 pun dah start sibuk dengan persiapan untuk persekolahan esok hari. Bulan ni aku start jadi cikgu #ustazahcomelhaha since sekolah yang parent aku buka tu tak cukup guru.

Banyak benda happen yang aku tak dapat nak share kat sini because of that sekolah terpaksa pindah saat akhir. Kalau ikutkan nak tutup dah sekolah tu sebab takde tempat untuk anak-anak comel ni & of course kita memikirkan parent yang sanggup berhabis duit untuk anak-anak mereka untuk ke sekolah agama. Alhamdulillah sekarang dah ramai parent yang buka mata tentang kepentingan sekolah agama & tahfiz. So, kalau sekolah tutup terpaksa cari tempat lain and mostly kat kawasan tu sekolah agama lain sangat padat.

Tiga hari sebelum buka sekolah dah pening kat mana nak buka sekolah, kalau boleh kawasan berdekatan dengan tempat lama so mudah parent pelajar nak hantar & ambil. Cari punya cari jumpa dekat dengan sekolah kebangsaan. Tapi kawasan perumahan la. Then call owner, owner kata dia nak jual rumah tuuu T.T Ya Allah ujiannnn.. Pujuk punya pujuk tak dapat jugak.. Owner takut susah nak jual kalau ada orang sewa. Then, cakap kat owner kalau ubah fikiran bagitau la.. Bulan ni ke bulan depan ke.. Ikutlah. Masa ni dah nak siap-siap nak round cari tempat lain, owner tu call and end up she agreed untuk sewa rumah dia. Praise to Allah!

Kawasan situ boleh dikatakan tinggi jugak sewanya. Tapi berkat sokongan guru-guru lain & parent, jumlah pelajar capai 60 orang #cukuplahbayargajiguru #sayagurupercumahehe . Untuk bayar sewa, kita akan buat program lain-pra tahfiz hujung minggu & kelas mengaji dewasa. #pleasesupportus !

First day Ok benda yang aku tak boleh lupa; Ada budak menangis sebab dia tak dapat jawab kuiz #whyyouaresocute. As guru yang berdedikasi #ecehhahaha, aku pujuk dia, "Takpe sayang. It is okay salah jawab. Damia kan tengah belajar," Rasa comel sangat bila budak tu nangis sebab salah jawab.. Haha aduhai sayang.. And finally alhamdulillah dia berhenti menangis. Then aku ajak diorang melukis & main teka-teki.

Second day Masa main teka-teki semalam, aku janji dengan diorang siapa yang dapat jawab soalan aku dapat hadiah. Sampai je aku kat sekolah, aku masih ingat si comel Hazizi "Ustazahhhhh.. Mana hadiah ustazah. Saya tak sabar lah,". Sebelum start kelas sampai masuk dalam kelas asyik tanya maaaana hadiah dia #sabarlahsayanghahaha. Dah masuk kelas, "Ustazah hadiah ustazah," XDDD  Haha tak menyabar betul budak ni..

So itulah serba sedikit cerita kehidupan minggu pertama aku yang menarik bagi aku hahaha. Haaa macam mana dengan minggu pertama korang? Best ke best?!! Hehehe

Nota kaki : And for the next post maybe nak tulis pasal resolution tahun ni, okay tak? Hmm..

No comments:

Post a Comment